Bagi sesiapa yang pernah mempelajari bahasa arab seperti ilmu nahwu dan sharaf dan juga yang baru berjinak-jinak mempelajarinya, kalian pasti pernah mengalami pening kepala apabila berhadapan masalah untuk menukarkan suatu kalimah fi'il atau kata kerja kepada beberapa betuk kata kerja yang lain untuk mendapatkan makna yang berbeza.

Disini aku ingin berkongsi dengan kalian suatu applikasi yang dapat membantu kalian mempelajari bahasa arab terutama dalam mempelajari ilmu sharaf bagi mendapatkan bentuk kata kerja yang berbeza daripada kata dasarnya, dan aplikasi ini juga turut menyokong sistem pengoperasian linux dan juga windows iaitu Qutrub.

Penerangan Ringkas :
Qutrub conjugates an arabic verb with minimal input (Vocalized verb, present middle letter mark) in a generic way. It doesn't use classified models of verb conjugation. It detects the verb class and conjugates it in the appropriate form.



Tatacara installasi Qutrub Di Dalam Sistem Pengoperasian Linux

Setelah kalian memuat turun sumber pakej aplikasi qutrub, ekstrakkan fail pakej qutrub didalam folder semasa, kemudian ikuti arahan seperti berikut:

1. Buka terminal kemudian salinkan direktori-direktori yang terdapat didalam direktori qutrub ke lokasi yang baharu menggunakan arahan sudo berserta chmod.
sudo cp -vrf ~/Download/qutrub/opt/qutrub /opt
sudo cp -vrf ~/Download/qutrub/usr/* /usr

2. Tukarkan mod bagi direktori yang telah disalin ke lokasi yang baharu itu menggunakan arahan sudo berserta chmod.
sudo chmod +rwx /opt/qutrub
sudo chmod +rw /usr/share/applications/qutrub.desktop
sudo chmod +rwx /usr/bin/qutrub

3. Kemudian periksa status fail dan direktori tersebut dengan menggunakan arahan berikut.
ls -la /opt
Pastikan kalian mendapat status fail serta direktorinya seperti berikut :
drwxr-xr-x 11 root root 4096 Aug 24 18:35 qutrub
Dan periksa juga status fail berikut 
ls -la /usr/bin/qutrub 
ls -la /usr/share/applications/qutrub.desktop
Lalu pastikan status failnya seperti berikut
-rwxr-xr-x 1 root root 44 Aug 24 18:36 /usr/bin/qutrub
-rw-r--r-- 1 root root 300 Aug 24 18:38 /usr/share/applications/qutrub.desktop

 Selamat mencuba, wallahualam